Keesokan harinya ternyata ayam ini masih hidup, dan Mr. Olsen berniat untuk merawatnya dengan menyuapnya makanan dan minuman yang diperlukan si ayam untuk bertahan hidup. Ia memberi nama si ayam Mike. Seminggu kemudian Mr. Olsen membawa Mike ke University of Utah di Salt Lake City sejauh 250 batu untuk diteliti. Di situ diketahui bahawa kapak Mr. Olsen tidak mengenai jugular vein (pembuluh darah dari otak ke jantung) yang membuat jaringan otak dan satu telinga Mike tidak terputus.
Dan kerana reaksi seekor ayam sebahagian besar dikawal oleh rangkaian otak ini, Mike dapat beraktifitas seperti biasa walaupun telah kehilangan kepala. Sebuah gumpalan menyelamatkan Mike untuk tidak mengalami pendarahan hingga mati.Mike bertahan hidup selama 18 bulan , dan menjalani “kerjaya” sebagai bintang persembahan yang sangat popular ketika itu dan digelar The Wonder Chicken, ayam ajaib. Di masa jayanya Mike dapat menghasilkan wang sebanyak $ 4,500 (nilai ini setara dengan $ 48,000 ketika ini, ) dalam sebulan dari pertunjukannya.

0 comments