Han Hye-jin dan Ki Sung-yong sah suami isteri


Pelakon Han Hye-jin dan pemain bola sepak antarabangsa Ki Sung-yong kini telah bergelar suami isteri secara sah.

Menurut laman sesawang Allkpop, agensi naungan pelakon tersebut baru-baru ini mengumumkan, "Han Hye-jin dan Ki Sung-yong telah mendaftar perkahwinan mereka pagi ini di Dewan Bandaraya Seocho."

Pasangan ini bakal mengadakan upacara rasmi perkahwinan mereka pada 1 Julai nanti, tapi telah memutuskan untuk mendaftar perkahwinan mereka lebih awal memandangkan Ki sedang sibuk dengan musim baru bola sepak.

Jelas wakil Han, "Ki Sung-yong bakal terbang ke England selepas perkahwinan mereka, jadi mereka segera mendaftar ketika masih berpeluang melakukannya."

Tambah wakil tersebut lagi, Han Hye-jin hanya akan menyertai suaminya di England selepas tamat penggambaran filem terbarunya dan juga aktiviti lain.
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments