Kejam!!! Itu ayat yang sesuai untuk pembantu rumah tersebut. Sebenarnya Fyna tidak sampai hati hendak tengok video tersebut. Tetapi gagahkan juga.
Sekiranya ada pembantu rumah memang dengan harapan dapat meringankan bebanan kepada majikan. Dengan kos yang tinggi untuk menggunakan perkhidmatan mereka.
Tetapi sekiranya pembantu rumah melakukan penderaaan seperti dalam video tersebut, hendak salahkan siapa.
Oleh itu untuk langkah yang lebih selamat pada masa sekarang dan akan datang, majikan digalakkan untuk memasang CCTV di rumah masing-masing, Biar bermodal sedikit. Tetapi dapat menjamin keselamatan anak kita sendiri.
Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga terjatuh dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, peniaga berumur 42 tahun itu membuat laporan polis kira-kira 9 pagi Jumaat.
Katanya, perbuatan pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi komputer ribanya ketika sedang minum di sebuah restoran di sini kira-kira 7.45 pagi.
“Majikannya melihat perbuatan itu yang berlaku di ruang tamu di rumahnya di Bukit Setongkol, dekat sini,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.
Katanya, peniaga itu bergegas pulang dan membawa bayi lelakinya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan dan didapati mengalami lebam di tangan dan cedera di kaki kirinya namun keadaannya dilaporkan stabil.
“Wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya

Pembantu Rumah Dera Bayi Berusia 4 Bulan. Kepada yang ada pembantu rumah berhati-hati. Share bagi memberikan kesedaran kepada umum
0 comments