Kenali Fenomena Harlem Shake





Apa itu Harlem Shake? Kenapa Harlem Shake mula mendapat perhatian dunia? Bagaimana nak menari Harlem Shake? Jom Kenali Harlem Shake.

Demam ‘Gangnam Style’ nampak tidak berakhir disitu sahaja, jika sebelum ini tarian ala-ala menaik kuda ini menjadi fenomenan dunia, kini tiba pula giliran tarian yang semakin menjadi perhatian ramai iaitu tarian yang dipanggil ‘Harlem Shake’.
Apa itu Harlem Shake?

Jika dikaji sejarah terciptanya tarian Harlem Shake, ianya merupakan satu tarian yang cukup popular pada tahun 80an di sebuah kawasan bernam Harlem di New York dan sering digunakan dalam video muzik.
Tarian ini nampak lebih mudah tidak seperti Gangnam Style yang sedikit rumit untuk dilakukan.

Anda hanya perlu perlu menggoyangkan bahu, pinggang dan tangan anda dengan pantas untuk melakukan Harlem Shake.

Ianya dimulakan oleh seorang penari dan kemudian diikuti oleh penari-penari lain yang menari dengan gaya yang sama.
Pada tahun 2011, pemuzik elektronik, Baauer telah menggunakan nama Harlem Shake sebagai tajuk lagu muzik ciptaannya dan dua tahun selepas itu iaitu pada tahun 2013, lagu tersebut telah diguna pakai untuk tema video popular tarian Harlem Shake.
Video viral tarian Harlem Shake pertama telah dimuat naik pada 30 Januari 2013 yang menunjukkan sekumpulan lelaki memakai topeng dan baju latex menari tarian Harlem Shake.

Selepas dari itu, pelbagai video tarian Harlem Shake dapat ditonton menerusi laman YouTube.
Jadi mahu tahu lebih lanjut tentang tarian Harlem Shake?

Jom tonton versi video tarian Harlem Shake dari negara luar dan kompilasi Harlem Shake dari Malaysia yang super awesome.



PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments