Ah Long, yang tinggal di wilayah Guangxi di China kehilangan kedua ibu bapanya akibat AIDS dan terpaksa tinggal keseorangan. Kanak-kanak ini terpaksa melalui kehidupan dengan berdikari sendiri seperti membasuh baju, memasak dan belajar.
Neneknya yang berusia 84 tahun ada menanam sayur-sayuran untuk dijadikan makanan kanak-kanak malang ini dan kadang-kadang memasak untuknya namun neneknya tidak akan tinggal bersamanya.
Masyarakat di sekelilingnya, termasuk pihak sekolah berdekatan memulau dan tidak membenarkannya bersekolah di situ hanya kerana dia pembawa virus HIV dan ibu bapa pelajar lain mengugut untuk membunuhnya jika dia menghampiri anak-anak mereka. Doktor pula enggan untuk merawatnya.
Satu-satunya teman yang ada bersama menemaninya hanyalah anjing peliharaannya yang bernama Lao Hei.
Jabatan kebajikan masyarakat juga menolak tanggungjawab untuk menjaga budak ini dan wang saraan yang diberi iaitu sebanyak 70 yuan (kira-kira RM34) sebulan tidak mencukupi untuk menampung hidupnya.
Rasa sangat kasihan dan sedih bila dengar cerita tentang kanak-kanak ini padahal dia tidaklah diminta untuk dilahirkan mendapat penyakit sedemikian rupa.
Namun masih ada harapan untuk kanak-kanak ini kerana cerita kanak-kanak malang ini telah mendapat liputan yang agak meluas dan dikhabarkan ada keluarga yang sanggup untuk mengambilnya menjadi anak angkat. Tapi setakat ini tiada apa perkembangan terbaru.
0 comments