Surat Wasiat dan Pesanan Terakhir Osama bin Laden Kepada Keluarganya dan anak-anaknya. Dalam Surat Wasiat Osama bin Laden menyampaikan permohonan maaf beliau kepada 24 orang anaknya kerana beliau kurang memberi perhatian kepada mereka. Kata-kata dan Pesanan Akhir Osama Laden ini ditulis oleh pimpinan jaringan Al Qaeda, dalam surat wasiatnya tiga hari selepas 11 September 2001.
Osama Laden yang merupakan anak pengusaha kaya raya dari Arab Saudi mewarisi kekayaan ayahnya, pengusaha konstruksi di Arab Saudi, bernilai 27,6 juta dollar AS. Dalam surat wasiatnya itu juga, Osama juga meminta anak-anaknya tidak terlibat dengan Al Qaeda dan memohon empat isterinya agar tidak menikah lagi. Surat wasiat bertarikh 14 Desember 2001 itu ditandatangani Osama bin Laden sendiri bersama dengan tulisan; "Saudaramu Abu Abdullah Osama Muhammad Bin Laden".
Pada saat itu, Agensi perisikan AS telah berjaya mengesan sistem komunikasi radio Osama dari Tora Bora, sebuah kompleks di antara Afganistan dan Pakistan yang dijadikan lokasi persembunyian dan perlindungan dari serangan pengeboman AS. Osama meminta para isterinya untuk tidak menikah lagi dan sentiasa mengingati Allah disamping mengasuh anak-anak mereka mengikut ajaran Islam. "Jangan berpikir untuk menikah lagi. Curahkanlah waktu kamu di jalan diredhai Allah dan didiklah anak-anak agar mereka ke jalan yang benar"
Pada 2002, salinan surat wasiat ini telah tersebar di tanah Arab, namun Al Qaeda menafikan dan memaklumkan bahawa surat ini adalah palsu. Namun, Agensi perisikan Barat tetap menganggap surat wasiat Osama bin Laden ini adalah serius. Surat Wasiat dan Pesanan Terakhir Osama bin Laden Kepada Keluarganya dan anak-anaknya ini masih menjadi tanda tanya dan masih belum pasti kebenarannya hingga hari ini.
والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab
[ Sumber ]
0 comments