29 Rahsia Negara:
1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.
2. Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca daripada kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.
3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan "Smart Bomb" dari pesawat pengebom NATO.
4. Pernah berlaku pemberontakkan "Mutiny on ship" dalam sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (fakta tak dapat disahkan).
5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapal nya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.
6. Tahukah anda filem "Black Hawk Down" mengisahkan pemberontakkan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysia lah yang menjadi wira, tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tak diiktiraf.
7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.
8. Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan standby di kokpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas yang melibatkan Singapura.
9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.
10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70-80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.
11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas perkara ini dibocorkan media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.
12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.
13. Filipina pernah "mengacah" sebuah kapal perang TLDM apabila dua pesawat pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.
14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Rusia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik ketika itu.
15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutamanya radar melalui sistem peperangan elektronik nya dari dahulu hingga sekarang.
16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.
17. Tentera Singapura akan membawa peluru hidup tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas yang membabitkan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu suatu masa dahulu.
18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem 'The Entrapment' lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones (fakta tak dapat disahkan).
19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (fakta tak dapat disahkan).
20. Malaysia merupakan satu-satu nya negara di dunia yang berjaya menghapuskan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu Amerika Syarikat tewas kepada komunis.
21. Program pemodenan ATM yag dikenali sebagai PERISTA dibatal kan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamed apabila terlampau banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.
22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung pada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.
23. Pesawat Perdana Menteri, Datuk Seri Mahathir Mohamed pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakista untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir yang kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri oleh seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).
24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, "Berani tetapi gila" dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.
25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.
26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia pernah menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).
27. Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa anak kapal nya hilang.
28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970-an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO- hal ini pernah di dokumenkan dalam surat khabar dan sebuah buku yang boleh di temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).
29. Komando Malaysia pernah menceroboh kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk.
0 comments