Beratus Ekor Ikan Pari Terdampar di Pantai Palestine


Berpuluh-puluh ekor ikan pari jenis Mobula ditemui terdampar secara misteri di pantai Bandar Gaza dalam wilayah Palestin kelmarin. Penemuan itu sekali gus menjadi rezeki beberapa orang nelayan di sini yang bertindak melapah haiwan tersebut untuk dijual di pasar.


Dalam satu temu bual bersama media tempatan, seorang nelayan itu dipetik sebagai berkata, ini merupakan kali pertama ikan pari ditemui terdampar di pantai itu sejak enam tahun lalu.


Media tempatan melaporkan, ikan pari itu mampu mencapai berat 76 kilogram dan ia dijual pada harga lima shekel (RM4.21) untuk 0.5 kilogram di pasar tempatan. - Agensi
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments