Gempar! Buaya Terbesar Dunia Ditemui Mati | Jika anda pernah berkunjung ke Taman Buaya, Ayer KerohMelaka, sudah pasti kita akan dapat melihat seekor buaya yang agak besar di bahagian pintu hadapan. Itu sebenarnya seekor buaya yang telah lama mati dan kemudiannya diawetkan untuk tujuan pameran. Inilah yang bakal dihadapi oleh seekor buaya air masin paling besar di dunia apabila ditemui mati dalam di sebuah kolam. Bangkainya kemudian di bawa ke sebuah tempat untuk tujuan diawetkan.
Manila: Buaya yang diiktiraf sebagai buaya air masin paling besar di dunia mati kelmarin selepas ditemui dalam keadaan terlentang dengan perut kembung di sebuah di kolam di taman eko pelancongan Bunawan kelmarin.
Datuk Bandar Bunawan, Edwin Cox Elorde berkata buaya yang dikenali sebagai Lolong, mengambil sempena nama salah seorang pegawai hidupan liar yang mati ketika dalam perjalanan ke Bunawan, menjadi tarikan utama pelancong sejak ditangkap 17 bulan lalu. Kematiannya mencetuskan perasaan sedih dan suasana murung di kalangan penduduk tempatan.
Bangkai Lolong ditutup dengan ais di pusat pemuliharaan di Bunawan, manakala gambar kecil, Lolong ketika ditangkap pada September 2011. – Foto REUTERS
Ketika bercakap pada sidang akhbar di wilayah Agusan del Sur kelmarin, Elorde berkata pihaknya bercadang mengadakan upacara khas sebelum bangkai Lolong diawet di sebuah muzium tempatan sebagai peringatan.
Seluruh bandar dan wilayah ini bersedih dengan kematian Lolong, katanya yang menambah, buaya berkenaan berusia kira-kira 50 tahun.
Guinness World Records mengisytiharkan Lolong sebagai buaya air masin dalam kurungan terbesar di dunia dengan ukuran 6.17 meter (20.24 kaki), mengatasi seekor buaya Austrlia panjangnya lima meter (17 kaki) dan berat hampir satu tan.
0 comments