Lepas Sulu, Ada Satu Lagi “Sultan” Yang Nak Klaim.Bukan Sabah, Tapi Malaysia!!!




Selepas Sultan Jamalul D. Kiram III cuba “merebut” Sabah daripada Malaysia dengan menghantar tentera-tentera Sulu ke Lahad Datu membuat pemberontakan, ada satu lagi kes terpencil di mana, ada seorang lagi yang mengisytiharkan dirinya adalah Sultan.

Malaysia Ada Sultan Baru?

Tetapi, kali ini, nampaknya bukan sebarang kuasa yang ingin direbutkan.Beliau meletakkan dirinya sebagai Yang Di-Pertuan Agong! Lihat dan baca kenyataan beliau di bawah.
DARI:  RajaNusantaragroup Empayar Langkasuka Nusantara
10 Jamadilawwal 1434 Hijriah

22 Mac 2013 Masihi
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam,Solawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta Para-Para Sahabat SAW.
Dengan izinAllah dan di atas petunjuk dan ilham darinya kepada Beta, setelah melalui proses pelbagai ujian dan memegang Amanat daripada Rasulullah SAW kepada Beta (22/04/2010) dan dengan Perintah dari Allah yang di turunkan kepada Beta sebagai Mujaddid/Raja Utusan Allah Akhiruzaman Fasa 1 juga sebagai pengganti Nabi dan Rasul dengan ini Beta, TUANKU SULTAN RAJA MERONGMAHAWANGSA II@RAJA NUSANTARA@PEMUDA BANI TAMIM@SATRIO PININGIT@RATU ADIL@SULTAN KEDAH@YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA@WHITE SPIRITUAL BOY yang di utuskan oleh Allah untuk memperbetulkan agama Allah(ISLAM) dan membawa umat kembali Tauhid dan Esa akan Allah serta Taat Kepada Rasul yang sebenar nya dan mengikuti jalan yang lurus dan kembali hidup dalam amalan kenabian dengan berpegang kepada AlQuran dan Sunnah Sunnah SAW sebagai amalan kehidupan seharian. Kepada Guru2 Mursyid, Baba2 Mursyid,Kiyai2 Mursyid,Ulama2 Mursyid,Habib2 Mursyid,Maulana2 Mursyid.
Syeikh2 Mursyid yang menanti-nantikan kemunculan Beta selama ini, Beta ucapkan Assalamualaikum kepada tuan-tuan semua semoga kita di pertemukan oleh Allah dan bersama-sama Beta dalam perjuangan Akhiruzaman Fasa 1 ini dan menegakan serta mengibarkan Panji Hitam dari Timur yang di tunggu2 oleh umat untuk kebangkitan Islam kali ke II ini.
Juga kepada pejuang2 sejati PANJI HITAM DARI TIMUR marilah bersama-sama Beta memperjuangkan Panji Hitam Dari Timur untuk menyediakan tapak Pemerintahan kepada ALMAHDI(IMAM MAHDI). Sekian dari Beta Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II@Pemegang Panji Hitam AlMahdi.
ALLAHUAKHBAR…ALLAHUAKHBAR…ALLAHUAKHBAR…
Beta boleh di hubungi di: Surau ALFalah, Kenari Apartment,Taman Melati,Setapak,Kuala Lumpur.

Kalau tengok daripada segala “pangkat” yang beliau dakwa, berbelit juga lidah nak ingat satu-persatu.Pening kami memikirkan apa nama panggilan sebenar untuk “Sultan” Baru ini.Apa pendapat anda mengenai “Sultan” baru ini?
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

5 comments

  1. firaun mane ade sultannn..

    ReplyDelete
  2. rasulullah pernah bersabda pada 1400 thun dahulu..antara bunyinye begini, pada akhir zaman nanti akan ada golongan yang memegang kalimah allah dgn membawa panji bendera berwarna hitam..jika anda menemuinya maka anda ikutlah ia..kerana mereka adalah org yg akan membantu perjuangan imam mahadi..jgn menyalah tafsir org yg mmperjuangkan agama allah..

    ReplyDelete