Jijik. Gila. Pengotor. Mungkin itu salah satu daripada perkataan ini yang akan keluar dulu dari mulut anda. Minum air kencing sendiri. Ya, ini bukan main-main, ini benar belaka. Geli? Tetapi tidak bagi penyanyi terkenal Kesha apabila dia dengan selambanya meminum air kencing untuk salah satu segmen untuk program dokumentari terbarunya yang akan ditayangkan pada April 2013. Pelantun lagu If I Die Young ini mendedahkan yang dia meminum air kencingnya itu selepas diberitahu oleh seorang rakan yang amalan baik untuk metabolisma.
Momen itu telah dirakamkan oleh abangnya dan akan dimuatkan dalam filem dokumentari, Ke$ha: My Life Crazy Beautiful. Bercakap kepada BBC, Ke$ha berkata "dia (abangnya yang juga merupakan pengarah dokumentari tersebut) dapat merakamkan semua perkara yang anda mahu lihat dan tidak sanggup lihat - saya bermesra dengan lelaki-lelaki, saya minum air kencing sendiri, terjun dari banggunan, terjun dari kapal terbang, berenang dengan jerung... "Saya diberitahu, meminum air kencing sendiri adalah baik... Seseorang cuba mengambil air kencing itu daripada saya dan saya katakan pada dia, Ini saya punya! Saya berjaya merampas semula dan meminumnya. Ia sangat menjijikkan, jadi saya tak melakukannya lagi", katanya.
0 comments