Padah Godam Web Susilo Bambang Yudhoyono



Jakarta – Seorang pengusaha kafe internet dari bandar Jawa Timur di Jember yang menggodam laman web rasmi presiden untuk ‘suka-suka’ mungkin dihukum penjara sehingga lapan tahun jika disabitkan.

Wildan Yani Ashari, 22, yang berada di ibu kota ini sejak ditahan Januari lalu oleh unit jenayah siber Polis Nasional dibawa pulang ke Jember kelmarin untuk menunggu tarikh perbicaraannya.

Penggodam itu yang memberitahu polis, dia melakukannya untuk suka-suka, didakwa mengikut dua artikel Undang-undang Telekomunikasi dan Undang-undang Maklumat dan Transaksi, yang membawa hukuman maksimum penjara lapan tahun dan denda Rp2 bilion (RM637,270).

Aries Surya, ketua pejabat pendakwa raya Jember berkata kes itu akan diserahkan kepada mahkamah tidak lama lagi.

“Kami cuba habiskan pendakwaan dan menyerahkannya kepada mahkamah,” kata Aries dipetik Tempo sebagai berkata. – Sumber
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments