Superhero Amerika Syarikat “Spider-Man” Diburu Selepas Menyamun di Hollywood Boulevard.



Los Angeles 28 April 2013 - Polis Los Angeles sedang memburu seorang lelaki yang memakai pakaian “Spider-Man” yang menyamun beg kertas yang penuh dengan wang tunai berjumlah $6,000 dollar dan maklumat kad kredit terhadap seorang pekerja Syarikat Bas Starlines Tour di Boulevard, Hollywood.


Pihak Polis Los Angeles sedang memeriksa mereka yang berpakaian super-hero Amerika disekitar Hollywood. 


NBC melaporkan bahawa polis telah membuat pemeriksaan terhadap beberapa orang yang memakai pakaian Spider-Man dalam usaha untuk mencari penyamun tersebut, tetapi masih lagi belum ada tangkapan.

Lt. Rich Galbaldon daripada Jabatan Polis Los Angeles berkata, kejadian tersebut berlaku pada pagi hari Jumaat apabila pekerja Starlines keluar meninggalkan ibu pejabat syarikat tersebut.


Syarikat yang popular dikalangan pelancong dengan memberi perkhidmantan melawat rumah-rumah selebriti serta tempat-tempat pelancongan terkenal di Hollywood itu berpengkalan berdekatan dengan TCL Chinese Theatre yang sebelum ini dikenali sebagai Teater Grauman.

Pihak polis sedang giat memeriksa beberapa orang yang berpakaian seperti superhero “Spider-Man” disekitar Hollywood Walk of Fame tetapi masih belum dapat mengesan penjenayah tersebut.

NBC melaporkan bahawa wira-wira lain yang beraksi pada kawasan pelancongan yang sibuk, seperti Superman, Batman dan Catwoman, telah menawarkan perkhidmatan mereka kepada pihak polis didalam membantu untuk mengesan penjahat berkenaan.


PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments