Ahli gusti ini pernah bertanding dengan Juara Tinju dunia Muhammad Ali, dengan berakhir seri , Inoki terkena 1 hook dari Ali, dan Ali juga sekali dihumban oleh Inoki, dalam pertandingan 15 pusingan.
Ahli gusti Antonio Inoki mempunyai fizikal yang kuat dan seorang lagenda jepun dikhabarkan telah masuk islam pada tahun 1990-an. Seperti dilaporkan oleh media huffingtonpost.com, pada bulan lepas ahli gusti tersebut mengumumkan namanya islamnya iaitu Muhammad Hussain Inoki.
Ketika perang teluk pada tahun 1990 dia pernah diutus ke Iraq untuk berunding dengan presiden Iraq ketika itu Saddam Hussein mengenai pembebasan warga Jepun yang djadikan tebusan.
Huffingtonpost.com melaporkan pada bulan Disember yang lalu Inoki mengambil bahagian dalam satu pertandingan International Peace Wrestling Competion bagi meraikan 60 tahun hubungan antara Jepun dan negara-negara di Asia Selatan dalam bidang sukan.
Inoki, yang juga duta keamanan telah mendirikan sebuah akademi gusti di Pakistan yang disokong oleh kerajaan tempatan.
Sebuah stesen TV melaporkan baru-baru ini ketika Inoki berkunjung ke Pakistan,dia menerima ucapan "selamat datang pahlawan". Inoki pertama kali melawat negara itu pada tahun 1976 untuk bertanding melawan ahli gusti Pakistan Pahalwan. Ketika itu pertandingan tersebut dibanjiri hampir 50 ribu orang.
Di tahun yang sama Inoki juga berhadapan dengan Muhammad Ali, seperti yang dilaporkan Guardian Dia dinilai sebagai "melawan prototaip seni bela diri campuran" di Tokyo. Ali mengenakan sarung tangan sementara Inoki tidak sama sekali.
"Ketika saya menjadi mualaf, orang menyarankan agar saya menukar nama saya menjadi Muhammad Ali tapi saya menolak idea itu kerana saya sudah berjuang melawan Ali peninju hebat," katanya, menurut Dawn.com.
0 comments