Proses Pembekuan Bayi Untuk Dibedah


Bayi yang bernama Samaa Zahir baru berusia sebulan semasa doktor memutuskan ia harus dibedah, jika tidak akibatnya boleh maut. Sila baca artikel di bawah ini:

Sudah sejak lahir, keadaan Samaa abnormal. Saluran darah yang mengalir ke jantungnya berhubung dengan cara yang salah. Harusnya, saluran darah itu membawa darah beroksigen dari paru-paru ke sisi kiri jantung. Yang terjadi, sebaliknya.

Namun, pembedahan jantung bayi bersaiz lebih kecil dari bola golf jelas cabaran besar untuk para doktor dari Great Ormond Street Hospital, London. Akhirnya sebuah penemuan revolusi diputuskan: bayi ini dibekukan sampai mati.

Caranya, doktor meletakkan bungkusan berisi ais di sekeliling kepala bayi itu-darahnya disejukkan dari suhu normal, 37 darjah Celcius, menjadi 18 darjah menggunakan mesin bypass jantung dan paru-paru.

Tak hanya itu, para doktor nekad itu juga menghentikan denyutan jantungnya dengan cara menyuntik ubat dan mematikan enjin bypass. Pada titik ini, secara klinikal, bayi Samaa telah meninggal dunia. Tubuhnya hampir sepenuhnya kehabisan darah.



Sementara itu, ahli bedah kardiotoraks Tain-Yen Hsia dan pasukannya perlu bekerja melawan waktu. Tetingkap keselamatan maksimum (maximum window of safety) adalah 50 minit-sebelum jantung orok ini harus di-restart untuk mencegah kerosakan pada otak dan organ-organ dalam.

Untungnya, Samaa tak perlu menunggu 50 minit untuk hidup kembali. Doktor berjaya membawanya kembali ke dunia dalam masa 23 minit.

Setelah mesin dihidupkan, darah hangat langsung mengalir dan mengembalikan suhu tubuhnya ke tahap normal, 37 darjah Celcius. Jantung kecil itu pun kembali berdenyut.

Mengapa Samaa harus dibekukan? Menurut Doktor Hsia, pasukan perubatan harus melakukan pembedahan mikro. Sebab, mereka berurusan dengan saluran darah yang setipis kertas beras (rice paper). Satu-satunya cara yang boleh dilakukan adalah membekukan tubuh dan menghentikan peredaran darah agar pesakit masuk ke fasa hipothermia.

"Ini seperti menengelamkan bayi ke dalam sebekas air batu. Semasa menghentikan jantung, kami harus melakukan pembedahan secepat mungkin dengan kadar presisi tinggi," katanya. "Tidak ada ruang melakukan kesalahan sekecil apapun."







Lima bulan selepas pembedahani yang dramatik, Samaa telah sembuh sepenuhnya. Satu-satunya parut pembedahan yang dimiliki bayi asal Finchley, London Utara ini, adalah bekas luka di dadanya. Ibunya, Roosina Ahmed (30) dengan haru menceritakan detik-detik paling mencemaskan dalam hidupnya

"Bila pertama anakku membuka matanya, tak terkira bahagia yang saya rasakan. Bayangkan, selama 20 minit ia terbaring dengan tubuh dingin, tanpa kehidupan," kata Roosina seperti dimuat Daily Mail, Minggu, 17 Oktober 2010.
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments