Seperti yang kita tahu, dunia yang kita diami ni banyak perkara ganjil dan misteri yang masih belum terungkai..Contohnya macam apa yang telah berlaku pada bulan September, 1752, di mana dunia telah kehilangan 11 hari..Kalau dilihat pada kalender bulan September tahun tersebut, tidak ada hari ke-3 hingga hari ke-13, ia terus lompat dari hari ke-2 hingga hari ke-14..Pelik kan?
Bagi korang yang nak tengok sendiri tu, boleh la set tarikh tahun dalam komputer korang ke tahun 1752..Tapi yang tak best nya, pengguna Windows tak boleh tengok kalender tu, hanya pengguna Linux atau selain dari Windows je yang boleh tengok..Kalau komputer korang guna operating system selain daripada Windows, korang memang bertuah, jadi boleh la tengok sendiri kalender tu..
p/s : Seram pulak rasanya..huhu
Apa sebenarnya yang berlaku pada tahun 1752?
Mengikut cerita nya, pada 2 September 1752, seluruh kepulauan dan koloni England, termasuk Amerika telah kehilangan 11 hari – 3 September hingga 13 September..Hal ini berlaku apabila mereka bangun tidur pada keesokkan harinya, tarikh telah berubah menjadi hari ke-14..
Disebabkan kehilangan 11 hari ni, telah berlaku rusuhan di sekitar kampung kerana penduduk mendakwa pemerintah cuba untuk menipu mereka dengan hilangkan 11 hari daripada kehidupan mereka..Dikatakan, perkara tersebut bukan sahaja pernah berlaku di England pada 1752 sahaja, namun pernah berlaku di tempat lain seperti Perancis pada 1582, Austria pada 1584 dan Norwegia pada 1700..
Ada jugak yang kata pada masa tu, diorang menggunakan kalender yang salah atau dalam perkataan lain “kalender cacat”..Entah laa..
0 comments