Video 'Mengerikan' Dari Syria Dikritik Hebat

















Video yang menunjukkan seorang pemberontak Syria menggigit jantung tentera kerajaan yang mati, mendapat kritikan hebat. Rakaman video, yang tidak dapat disahkan keasliannya, menunjukkan seorang lelaki memotong jantung mayat tentera. "Saya bersumpah kepada Tuhan kita akan memakan jantung dan hati kamu, kamu tentera Bashar," kata lelaki itu dengan merujuk Presiden Bashar al-Assad ketika berdiri di atas mayat. Organisasi hak asasi manusia yang bermarkas di Amerika Syarikat, Human Rights Watch (HRW), mengatakan pelaku di video adalah Abu Sakkar, seorang pemberontak terkenal dari kota Homs. HRW mendedahkan Abu Sakkar adalah pemimpin kelompok Brigade Independen Omar al-Farouq. Organisasi itu mengecam keras tindakan pemberontak seperti tertera dalam video.


Menurut HRW, orang-orang yang disyaki melakukan tindak kejahatan perang harus diserahkan ke mahkamah kejahatan perang internasional. Sementara itu di Syria, pelaku khabarnya akan dibicarakan. Wartawan BBC, Jim Muir melaporkan rakaman video ini merupakan salah satu yang paling mengerikan yang muncul dari Syria selama konflik lebih dari dua tahun. Sebelumnya pengkaji hak asasi manusia PBB, Carla del Ponte mengatakan terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pasukan pemberontak Syria menggunakan senjata kimia. -BBC
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments