Asal Usul Nama MALAYSIA

Kita semua tahu bahawa MALAYSIA ialah nama negara kita setelah berlaku percantuman antara 11 negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Sebelum penubuhan Malaysia, kita di Semenanjung Tanah Melayu memanggil negara kita Persekutuan Tanah Melayu. Semasa negara kita merdeka dari British pada tahun 1957, nama negara kita pada masa itu ialah PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh penjajah British, dengan persetujuan Raja-Raja Melayu dan UMNO(United Malays National Organisation). Sebelum itu, negeri-negeri yang tergabung di dalam Persekutuan Tanah Melayu di panggil negeri-negeri TANAH MELAYU sahaja. Di dalam bahasa Inggeris, negeri-negeri Tanah Melayu dipanggil ‘Malay States’, sementara Persekutuan Tanah Melayu di panggil ‘Federation of Malaya’, atau ‘Malaya’ sahaja.

Persoalannya, bagaimana timbul nama MALAYSIA, iaitu gabungan nama-nama MALAYS dan ‘IA’. Dan kenapa pemimpin-pemimpin kita terdahulu menamakan nama negara kita MALASIA. Apakah dengan pertukaran nama dari Persekutuan Tanah Melayu kepada MALAYSIA, terhapuslah kata asal MELAYU sebagaimana dalam nama Persekutuan Tanah Melayu?

Kalau kita kaji nama-nama negara-negara di dunia, terdapat nama-nama utama negara dunia, iaitu yang berakhir dengan ‘land’ , ‘tan’ dan ‘ia’. Semuanya membawa maksud yang hampir sama, bermaksud ‘tanah’. ‘Land’ ialah dari bahasa Inggeris/Eropah, ‘tan’ dari bahasa Farsi, dan ‘ia’ dari bahasa Latin.

Antara nama-nama berakhir dengan ‘land’ ialah England(Tanah bangsa Angels), Iceland(tanah air batu atau ‘ice’), Scotland(tanah bangsa Scots), Swaziland(tanah bangsa Swazis), Finland(tanah bangsa Finns) dan sebagainya. Tidak lupa juga nama Thailand(tanah bangsa Thai).

Antara nama-nama negara berakhir dengan ‘tan’ ialah Pakistan(tanah suci), Tajikistan(tanah bangsa Tajik), Afghanistan(tanah bangsa Afghan) dan Kirgyztan(tanah bangsa Kysgyz). Lain-lain nama termasuk Baluchistan, Kazakhstan, Turkemanistan.

Hampir separuh nama-nama negara dunia berakhir dengan perkataan ‘ia’. Antaranya termasuk Russia(tanah bangsa Ross), Somalia(tanah bangsa Somali), Algeria(tanah bangsa Algiers), Bolivia(tanah bangsa Bolivars), India(tanah sungai Indus), Columbia(tanah Columbus), Mongolia(tanah bangsa Mongols), Ethiopia(tanah bangsa kulit hitam) dan sebagainya.

Dari paparan di atas, jelaslah nama MALAYSIA adalah versi ‘latinised’ berpangkalkan perkataan MALAYS, ungkapan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan MELAYU. Jadi MALAYS-IA bermakna LAND OF THE MALAYS, atau lebih tepat, TANAH BANGSA MELAYU

Tapi segalanya tetap milik Allah.. Wallahualam
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

2 comments

  1. Adakah ini bermaksud, malaysia adalah milik orang melayu? bukan kah malaysia dikategorikan sebagai negara dan bangsa? yg bermaksud, negara yang membentuk rakyatnya. Ini juga bermaksud malaysia adalah negara yang berbilang kaum. Hal ini menunjukkan bahawa pemilihan nama negara iaitu MALAYS-IA sudah menunjukkan bahawa pemimpin kita pada masa itu mempunyai sikap perkauman yang amat tinggi. Mereka memilih nama ini tanpa menerangkan maksudnya yang sebenarnya.

    No wonder some of them,especially leaders from the peninsular Malaysia are so racist.

    ReplyDelete
  2. Kecoh je aq bugis mix jawa x de pown pertikaikan sampai mcam ko ...

    ReplyDelete