GAMBAR: Saat Mendebarkan Pasukan Bomba Memotong Cincin Yang Terlekat Di Jari Dua Mangsa

Pada jam 6.23 petang semalam, Balai Bomba Dan Penyelamat Kota Raja, Shah Alam telah menerima panggilan kecemasan daripada Balai Bomba Sri Andalas memotong cincin yang melekat di jari dua mangsa di hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.

Tiga orang anggota diketuai oleh Mohd Faizal Samsudin bersama dua anggota lain, Mohd Zainal Hashim dan Muhamad Hafiz Hussin telah bergegas ketempat kejadian.


Mangsa pertama seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan tiga tahun dan mangsa kedua seorang pemuda berusia dalam lingkungan 20-an.

Kecekapan dan ketelitian anggota-anggota bomba terbabit berjaya memisahkan cincin tersebut dari jari kedua-dua orang mangsa, syabas! (FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)




PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments