Jerebu: Dapatkan Topeng Percuma di Klinik, Hospital Kerajaan


KUALA LUMPUR - Penduduk di Lembah Klang boleh mendapatkan topeng muka jenis N95 secara percuma di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan mulai hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, sejumlah sejuta unit topeng muka disediakan untuk dibahagikan kepada orang ramai di kawasan berjerebu yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

"Sekiranya jumlah satu juta itu habis diagihkan, ia bergantung kepada jumlah stok kami yang ada dan kami akan terus mengagihkannya sehingga keadaan jerebu semakin pulih," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments