Lazimnya, semasa proses membina atau meruntuh sesebuah bangunan, kenderaan yang berada berhampiran tapak operasi berkenaan akan diminta untuk dialihkan ke tempat lain yang lebih selamat..Namun, bagaimana sekiranya tuan punya kenderaan tidak berada di situ sewaktu kerja-kerja hendak dijalankan? Di China, mereka mempunyai cara yang tersendiri..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..
Di sebuah bandar yang terletak di Taiyuan, China, kerja-kerja pembinaan untuk melebarkan jalan telah berdepan dengan masalah besar. Hal ini kerana terdapat sebuah kereta yang dikatakan milik seorang lelaki tempatan telah diletakkan di kawasan letak kereta di mana kerja-kerja pelebaran jalan akan dijalankan.
Para pekerja terpaksa menunggu selama 10 hari bagi tuan punya kereta mengalihkan kenderaan miliknya, namun tuan punya kereta tidak juga muncul. Oleh itu, kerja-kerja pelebaran jalan tetap juga perlu dijalankan dan pekerja dengan berhati-hati melakukan kerja agar tidak mencalarkan kereta berkenaan.
Satu penghormatan perlu diberikan kepada para pekerja ini kerana mereka berjaya menyelesaikan tugasan mereka tanpa meninggalkan sebarang kesan pada kenderaan tersebut, walaupun ia memang menyusahkan.
p/s: Memang menyusahkan orang =,='
0 comments