Tulang singa yang menjadi komoditi laris dijual ke negara-negara Asia untuk digunakan dalam rawatan tradisional dan sangat popular untuk dijadikan ubat pengasih. Tulang-tulang itu diperoleh dengan cara para pemburu Asia menyertai aktiviti memburu haiwan liar yang dibenarkan undang-undang. Kira-kira 500 ekor singa diburu secara sah pada setiap tahun di Afrika Selatan.
Pemburu-pemburu itu dikenakan bayaran sehingga AS$20,000 (RM62,354) untuk memburu singa manakala bangkai haiwan tersebut dijadikan makanan anjing. Ia menjadi rebutan kerana tulang harimau dilarang diperdagangkan berdasarkan undang-undang antarabangsa ekoran bilangan haiwan itu semakin berkurangan.
0 comments