AYAH DIRA ABU ZAHAR MENINGGAL DUNIA

Gambar+Ayah+Dira+Abu+Zahar+Meninggal+Dunia

Takziah diucapkan kepada pengacara dan pelakon, Dira Abu Zahar sekeluarga yang kehilangan ayahanda tercinta, Dato' Seri Abu Zahar Ithnin yang telah meninggal dunia, hari ini.
Difahamkan Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Merlimau, Melaka akibat komplikasi kencing manis dan buah pinggang kira-kira pukul 6 petang tadi.
Allahyarham telah dimasukkan ke hospital kira-kira sebulan lepas kerana komplikasi penyakit itu. Namun dibawa semula ke rumahnya tiga hari lepas dan menghembuskan nafas terakhir dengan keluarga di sisinya.

ayah+dira+abu+zahar+meninggal+dunia+-+kematian+orang+tersayang

Dira Abu Zahar Maklumkan Melalui Instagram
Menerusi akaun Instagramnya, Dira Abu Zahar telah berkongsi status bagi memaklumkan berita sedih ini;

"Tutup rapat dengan tenang. Perginya tanpa resah. Alhamdulillah atas setiap peluang. Irah sayang ayah selamanya. Al-Fatihah. Dato' Seri Hj Abu Zahar Hj Ithnin. 14/9/1939-12/7/2013."
Kami mengharapkan agar Dira Abu Zahar tabah menghadapi dugaan ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. 



VIDEO DIRA ABU ZAHAR SAAT BAHAGIA BERSAMA KELUARGA SEMASA BERTUNANG

Mohd Rohaizad dan para peminat Dira Abu Zahar mengucapkan takziah kepada keluarga Dato Seri Abu Zahar Ithnin. Diharap Dira bersabar dan tabah diatas kepergian orang yang tersayang. Sesungguhnya, tiada yang kekal di dunia ini, setiap yang makhluk yang bernyawa akan melalui kematian dan pergi menemui Allah S.W.T. Al-Fatehah..

PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments