Demi Suami, Fasha Sandha Jaga Batas Dengan Aaron Aziz

Demi Suami, Fasha Sandha Jaga Batas Dengan Aaron Aziz



Meskipun hanya membawakan watak sebagai pasangan suami isteri bersama aktor Aaron Aziz di dalam drama bersiri, Tentang Hati, namun pelakon Fasha Sandha akui dia perlu menjaga batas-batas sebagai isteri kepada Jejai atau Rizal Ashram Ramli.

Fasha Sandha berkata dia dan Aaron faham dan akur untuk menjaga batas di dalam drama terbitan Global Station Sdn Bhd yang masih lagi menjalani penggambaran itu demi menjaga hati pasangan masing-masing.

"Ini bukan kali pertama saya berlakon dan bekerjasama dengan dia (Aaron Aziz), tapi ini adalah kali kedua selepas filem Evolusi KL Drift diadakan sejak beberapa tahun yang lalu. Cuma kali ini, kami bergandingan dan menjadi pasangan suami isteri.

"Jadi kami tiada masalah untuk bekerjasama kerana dia pelakon yang sangat bagus. Malah, chemistry juga senang untuk diwujudkan kerana masing-masing sudah buat homework dari skrip yang diberikan.

"Kami tidak kekok ketika melakonkan babak cinta tapi ada hadnya la untuk babak intim dan sebagainya kerana kami masing-masing pun sudah ada pasangan (berkahwin)," katanya kepada murai.com.my

Fasha Sandha ditemui di lokasi penggambaran drama Tentang Hati yang terletak di Hulu Langat Selangor, baru-baru ini. Drama yang diarahkan oleh pengarah Feroz Kadir itu turut dibintangi oleh pelakon lain seperti Rusdi Ramli, Anzalna dan ramai lagi.

Mengulas lanjut mengenai wataknya sebagai Azia di dalam drama tersebut, Fasha memberitahu, dia mempunyai cabaran dalam membawa watak baru sebagai isteri yang dirahsiakan.

"Saya membzwakan watak Azia iaitu seorang pemilik resort iaitu harta peninggalan keluarga. Azia temui konflik percintaan dengan Zaquan yang dibawakan oleh Aaron Aziz. Dalam masa yang sama Umar (Rusdi Ramli) ada menyimpan perasaan cinta pada Azia.

"Bagi saya watak ini sangat berat kerana cabarannyaialah saya perlu menjiwai watak seorang isteri tetapi isteri yang dirahsiakan, maknanya dia berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa Zaquan. Tapi saya seronok untuk explore watak ini kerana ianya watak isteri yang baru bagi saya," jelasnya lagi.

Tentang Hati yang bakal disiarkan di RTM 2 itu bakal menamatkan penggambaran pada 10 Julai ini.
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments