Kalau Kejar Wang Ringgit, Dah Lama Saya Berkahwin – Maria Farida

Ada Tan Sri yang sudah cuba menjadikan Maria Farida sebagai isterinya.
maria farida


Nasib baiklah Maria Farida bukannya seorang wanita yang mengejar wang ringgit. Walaupun terlepas gelaran Puan Sri, itu bukanlah yang dikejar oleh “hot mom” ini. Kata Maria Farida:-
Tipulah kalau saya kata tidak ada lelaki yang lamar saya. Memang ramai yang melamar tetapi hati tidak berkenan. Kalau saya jenis wanita yang kejar wang ringgit sudah lama saya berkahwin dan sekarang sudah bergelar puan sri agaknya. Bagi saya tidak kisahlah berapa umur lelaki itu, apa yang penting saya harus cintakan dia bukan kekayaannya. Jika tidak, saya lebih rela tidak berkahwin kerana saya boleh cari duit sendiri tanpa bantuan sesiapa pun.

Walaupun tidak mengejar wang ringgit, namun calon suami Maria Farida haruslah mempunyai ekonomi yang stabil. Maria mengakui dirinya suka membeli barangan yang mahal. Sekurang-kurangnya Maria Farida berterus-terang dan tidak cuba menjadi orang lain. Kata Maria lagi:-
Bukanlah saya mahu lelaki yang bergelar jutawan. Memadai lelaki itu mampu menanggung saya dan anak tanpa menyusahkan saya. Memang saya mengaku anak saya mempunyai selera yang tinggi. Saya juga suka membeli-belah barangan yang agak mahal tetapi itu semua hasil usaha saya sendiri. Jika berkahwin, saya harus mengubah cara perbelanjaan saya selama ini, susahlah. Jadi, lelaki itu harus mempunyai ekonomi yang cukup stabil.
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments