Kampung Di Mana Semua Penduduk Wanitanya Berambut Panjang ( 6 Gambar ).


Rambut adalah anugerah terpenting bagi setiap wanita, bagi kaum wanita dari etnik Yao, Perkampungan Huangluo di China. Memiliki rambut yang cantik dan panjang adalah satu obsesi.

Di perkampungan yang terdapat 82 buah rumah ini, terdapat satu keistimewaan yang menjadikan ramai pelancong tertarik untuk tinggal dan merasai kehidupan di situ.

Kesemua penduduk wanitanya berambut panjang dan lurus. Penduduk Etnik Yao merasa sangat gembira apabila ada pihak luar yang menghargai dan cuba untuk memahami budaya mereka.

Etnik Yao telah menerima pengiktirafan daripada Guiness, kerana memiliki kampung pertama yang mempunyai penduduk rambut terpanjang. Purata panjang rambut penduduk di situ ialah 1.7 meter dan paling panjang ialah 2.1 meter.

Sepanjang hari rambut mereka akan disanggul. Hanya suami dan saudara sahaja yang dibenarkan untuk melihat rambut kaum wanita ini terlepas bebas.

Ketika musim panas dan luruh, kaum wanita akan ke sungai untuk membasuh rambut mereka. Rambut mereka ditutup dengan scaf bewarna biru, hanya si suami sahaja yang mempunyai hak untuk melihat.

Jika ada antara pelancong ataupun orang asing yang datang ke kampung itu dan telah melihat rambut wanita di sini, maka mereka akan dihukum untuk berkahwin sekurang-kurangnya selama 3 tahun dengan gadis berkenaan.

Selepas dari 3tahun, hubungan itu akan diputuskan oleh pasangan terbabit. Namun amalan itu telah lama dilupakan. Kaum wanita etnik Yao kini sudah dibenarkan untuk menunjukkan kecantikkan rambut mereka kepada sesiapa sahaja.

Kaum wanita di sini hanya dibenarkan memotong rambut mereka sekali sahaja seumur hidup.




Jika rambut kaum wanita ini digayakan dengan lilitan di seluruh kepala, maknanya dia sudah berkahwin tetapi masih belum mempunyai anak.


Jika wanita itu mempunyai jambul kecil di hadapan rambutnya, bermakna dia sudah berkahwin dan mempunyai anak.


dan jika dia memakai kain di sekeliling kepalanya, ini bermakna mereka sedang mencari cinta.


PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments