Catarina Migliorini
New York: Seorang wanita yang menjadi sensasi di Internet apabila melelong keperawanannya dengan harga AS$78,000 (RM248,095) tashun lalu kini berkata, dia diperdaya dan dieksploitasi.
Catarina Migliorini, 21, dari Brazil juga memberitahu, dia masih dara.
Dia memberitahu akhbar The Huffington Post bahawa lelongan di Internet yang mendapat perhatian ramai pada Oktober lalu itu yang dianjur penerbit filem Justin Sisely sebenarnya gagal.
“Saya berasa menjadi mangsa...saya diperdaya oleh Justin Sisely.

“Saya percaya dia cuba menipu saya dan yang lain,” katanya.
Jutawan Jepun berusia 53 tahun yang mengenal pasti dirinya di Internet sebagai “Natsu” memenangi bidaan untuk membeli perawan Catarina. Tetapi apabila Catarina berada di sebuah restoran di Sydney, Australia untuk menemui Natsu, dia mendapati lelaki itu tidak sama dengan keterangan yang diberikan Sisely kepadanya. Mereka juga tidak melakukan seks.
Malah, Catarina berkata, dia ke Sydney dengan perbelanjaan sendiri.
Catarina kini percaya “Natsu” tidak wujud. Dia tidak pernah melakukan seks dengan lelaki itu dan dengan bangga mengatakan dia masih perawan.

0 comments