Saya Tak Berminat Nak Jawab - Ramli MS

Konduktor muzik terkenal, Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS mengambil pendekatan untuk tidak memberi sebarang ulasan berhubung gosip kononnya beliau sudah bernikah dengan penyanyi Alyah.





"I am not interested (saya tidak berminat) untuk di temu bual," kata Ramli MS secara ringkas ketika dihubungi mStar Online pada pagi Jumaat tadi.

Kontroversi pasangan itu bermula apabila akhbar Utusan Malaysia melaporkan kononnya Alyah sedang menanti pinangan daripada Ramli.

Bagaimanapun dalam laporan berikutnya berubah apabila pihak pengurusan Alyah dikatakan mahu "gam" akhbar yang menyiarkan artikel berkenaan dengan alasan laporan itu menyinggung perasaan Ramli MS dan Alyah.

Terbaharu, timbul pula isu kononnya pasangan berkenaan sudah berkahwin secara rahsia, selepas wanita itu pulang dari menunaikan umrah selain dikatakan sudah menetap di Bandar Kinrara, Puchong.

Dalam pada itu Alyah dalam satu laporan menerusi portal gua pada Jumaat pula berkata, dia sudah penat untuk menjawab isu-isu status hubungannya dengan Ramli dan meminta pihak media bertanyakan sendiri kepada konduktor muzik itu.
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

1 comments