Taman Hiburan Bertemakan Jenaka Di Denmark


Hobi suka pada cabaran dengan naik rollercoaster dan tarikan unik lain di taman hiburan? Ada satu taman hiburan di Denmark yang sesuai untuk anda kunjungi, Dreamers.

BonBon-Land adalah sebuah taman hiburan yang terletak di Holme Olstrup, Denmark, kira-kira 100km dari bandar Copenhagen. Dibuka sejak 1992, taman hiburan seluas 34 hektar ini berjaya menarik seramai 450,000 orang setiap tahun.

BonBon-Land ini mempunyai keunikan tersendiri yang menjadi daya tarikan utamanya, Dreamers. Jika taman hiburan lain memilih fantasi atau pengembaraan sebagai tema utamanya, BonBon-Land memilih tema jenaka visual.

Reka bentuk-reka bentuk permainan di taman hiburan ini sangat unik. Mereka menonjolkan unsur humor secara luas. Tidak hanya permainannya saja, namun seni bina bangunan dan juga merchandise yang boleh dibeli oleh pengunjung BonBon-Land.

Salah satu permainan yang paling popular di BonBon-Land adalah "Hundeprutterutchebane", yang jika diterjemahkan ke dalam bahasa English bermaksud "Dog-Fart Coaster".



PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments