Video : Katil termahal dalam Dunia

Katil buatan Savoir Beds ini boleh jadi merupakan Katil termahal di dunia. Harganya pun tidak kepalang, mencapai USD175.000 .

Bentuk Katil ini terinspirasi dari Katil keluarga kerajaan Inggeris abad ke-17. Untuk bahagian katil, khusus dibuat dari rambut ekor kuda yang berasal dari Amerika Latin.

Managing Director Savoir Beds, Alistair Hughes menjelaskan, untuk membuat tempat tidur super mewah ini diperlukan waktu hampir 700 jam. Diperlukan keahlian yang luar biasa untuk mencipta mahakarya ini, tuturnya.

"Tempat tidur ini juga disiapkan selama 70 jam oleh perancang dari Royal School of Needlework, yang membuat gaun pengantin Kate Middleton," urai Hughes, seperti dikutip dari huffingtonpost.

Kendati tidak murah, namun Hughes mengatakan tempat tidur ini adalah pelaburan yang mampu bertahan ratusan tahun. Jika dikira, tambahnya, hanya memerlukan pelaburan beberapa poundsterling per hari.

Tempat tidur mewah ini hanya dibuat sebanyak 60 buah untuk memperingati 60 tahun bertahtanya Ratu Elizabeth II. Berita yang beredar, pembeli berpotensi tempat tidur ini berasal dari keluarga kerajaan Inggeris, yang tak lain adalah Ratu Elizabeth II sendiri.



PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments