Wanita parah rambut tersepit celah eskalator


New York: Seorang wanita yang pitam ketika berada di atas eskalator cedera parah apabila rambutnya tersepit pada celahan tangga bergerak itu, semalam.

Saksi berkata, wanita berusia 32 tahun itu tidak sedarkan diri di Broadway, New York, kira-kira jam 3.30 petang.

 Rambut wanita tersebut

Ketika dia terkulai pada eskalator berkenaan, alat itu terus bergerak naik seperti biasa dan rambut wanita terbabit akhirnya tersepit dan ditarik mesin berkenaan.

Sumber berkata, wanita itu dipercayai mengalami serangan sawan. “Pekerja penyelamat kemudian mematikan suis eskalator bagi menyelamatkan mangsa,” katanya.


Menurut sumber, mangsa cedera pada muka, kaki dan tangan. Dia kemudian dikejarkan ke hospital dan keadaannya kini stabil. - Agensi
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments