Desas desus percintaan antara pengacara Jalan-Jalan Cari Makan, Qi Razali dan pelakon muda Nelydia Senrose sudah lama kedengaran, namun mereka berdua tidak pernah mengiyakan gosip tersebut.
Setelah lama bermain dengan tanda tanya, Qi Razali, 35 akhirnye berterus terang dan membuat pengakuan bahawa gosip itu adalah benar bahawa Nelydia Senrose adalah kekasih hatinya. Qi berkata, persahabatan akhirnya bertukar menjadi percintaan kerana mereka banyak berkongsi minat yang sama.
“Sebelum ini hubungan kami memang hanya kawan tetapi sekarang ia telah menjadi cinta. Saya mengakui, Nelydia adalah kekasih saya. Bagaimanapun biarlah percintaan ini berjalan dengan perlahan-lahan kerana saya tidak mahu kegagalan dahulu berulang,” katanya.
Dalam pada itu, Qi menjelaskan dia berhasrat untuk tidak bercinta terlalu lama dan meletakkan tempoh selama 2 tahun untuk mengenali hati budi masing-masing dan Qi juga memberitahu bahawa sudah beberapa kali berjumpa dengan keluarga kekasihnya itu dan selesa dengan kematangan wanita berkenaan walaupun dia masih muda.
Qi turut mengakui bahawa pada usianya yang semakin meningkat keinginan untuk mempunyai keluarga sendiri semakin menebal sehinggalah dia membuat keputusan untuk memilih Nelydia sebagai kekasih sebelum diangkat sebagai isteri.
“Bagaimanapun saya tidak mahu terburu-buru kerana kerjaya Nelydia pun sedang meningkat dan biar dia tumpu kepada kerjayanya dahulu. Cuma perancangan saya tidak mahu bercinta terlalu lama kerana usia saya pun bukannya muda lagi,” jelasnya.
0 comments