Kami apabila menonton video ini jadi risau dan bimbang akan nasib bayi kecil yang dipercayai berusia mungkin kurang sebulan diperlakukan seorang wanita seperti roti canai.
Wanita itu dipercayai ibunya dirakam memusingkan anaknya beberapa kali, melambungnya dan melakukan pelbagai aksi yang tidak terfikir dek akal dilakukan kepada seorng bayi seperti itu.
Bagaimanapun, kejadian ini tidak berlaku di dalam negara sebaliknya ia dipercayai berlaku di negara-negara Balkan kerana percakapannya lebih mirip kepada bahasa Russia.
Daripada gaya perbuatan wanita itu, kemungkinan ia adalah satu ritual di sana untuk memperlakukan bayi sebegitu rupa mungkin untuk melembutkan ototnya.
Ia kerana selepas agak lama bayi itu diperlakukan begitu si ibu kembali mencium anaknya itu yang mungkin baru lepas dimandikan.
Apapun sebabnya, kami sebagai orang Malaysia di benua Asia agak terkejut bila bayi sekecil itu diperlakukan sebegitu rupa.
Saksikan VIDEO di bawah ini.
GET A FREE UNIFI UPGRADE NOW
0 comments