Pengacara dan pelakon, Dynas Mokhtar,31, akui tiada apa yang boleh diulas mengenai gosip yang melanda hubungan rumahtangganya kini yang didakwa retak menanti belah.
Sebaliknya, dia memberitahu kisah rumahtangga biarlah diselesaikan di rumah dan hanya dia dan suami sahaja yang simpan bersama.
"Mengenai gosip itu saya tiada apa yang hendak nak dikatakan tentangnya. Saya masih disini bersama anak-anak saya dan suami saya juga masih menghubungi saya.
"Sebenarnya isu ini saya dah lalui sejak empat tahun lalu lagi. Saat mendengar gosip ni saya dan suami sendiri tersenyum dan rasa ianya agak lucu.
"Bagi saya apa yang berlaku di rumah biar ianya kekal di rumah sebab apa yang saya ingat masa akad nikah dulu, Tok Kadi sendiri ingatkan dan menasihatkan kami begitu," katanya ringkas kepada murai.com.my ketika majlis sidang media memperkenalkannya sebagao duta baru kepada produk Johnson and Johnson Malaysia.
Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar telah mendirikan rumahtangga bersama suaminya, Mohd Hafizy Hafiz, 42, pada 15 Mac 2008.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan dua orang anak iaitu Khyra Khalisa, 5, dan Mohamad Haqaish yang kini berusia 2 tahun.
Baru-baru ini sebuah portal ada menyebarkan gosip mengenai kerekatakkan rumahtangganya yang di alami.
Pun begitu, Dynas yang tenang menjawab soalan itu memberitahu gosip adalah perkara yang perlu di hadapi sebagai seorang artis.
"Bagi saya apa yang tersebar di internet itu mengarut tapi sebagai orang yang berada di dalam industri inilah yang perlu saya hadapi," luahnya lagi.
ITUNES AND GOOLE PLAY APPLICATION FOR GRAB
0 comments