Trend Remaja Islam Tatoo Pada Alat Sulit ( 2 Gambar ).


Bandaraya Kota Kinabalu pesat membangun dihuni oleh pelbagai lapisan agama.Namun itu bukan alasan untuk terpengaruh dengan budaya barat dan lari dari ajaran islam.


Amat memalukan apabila segelintir remaja Islam di bandar raya ini, termasuk pelajar sekolah, tidak mengendahkan larangan agama yang mengharamkan cacahan tatu pada mana-mana anggota tubuh, sebaliknya melakukannya untuk tujuan suka-suka berikutan dipengaruhi rakan sebaya.

Trend itu jika tidak dibendung pihak berkuasa dan institusi kekeluargaan dikhuatiri boleh merosakkan akidah remaja terbabit kerana ia perbuatan zaman jahiliah selain boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Lebih membimbangkan, remaja berkenaan bijak menyembunyikan kegiatan mereka daripada pengetahuan keluarga, terutama ibu bapa, apabila mencacah tatu di bahagian sulit seperti payudara dan ari-ari.

Siasatan mendapati ada gadis Islam berusia antara 17 hingga 30 tahun mengenakan tatu di badan sebagai hiasan kerana beranggapan ia unik dan menarik selain dianggap simbol seks.


TRADE NOW AND WE SHARE YOU DEFICIT

PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments