Pelanggan Di Restoran Hachikyo Akan Didenda Jika Tidak Habiskan Makanan


Sebuah restoran di Jepun memaksa pengunjungnya untuk menghabiskan makanan. Mereka melakukannya dengan cara menerapkan denda jika makanan yang dipesan tidak dimakan hingga habis.

Restoran Hachikyo di kota Sapporo ini menyediakan berbagai menu seafood dengan hidangan utamanya telur ikan salmon. Untuk memesan menu tsukko meshi yang berupa nasi dengan telur salmon inilah pelanggan harus menyetujui satu peraturan iaitu pelanggan perlu memberikan derma jika tidak menghabiskan menu tersebut.

Hal tersebut dilakukan untuk menghargai kerja keras nelayan yang menangkap ikan hingga boleh tersaji di meja makan. Jadi restoran melarang keras pembeli meninggalkan meski hanya sebutir nasi di piring. Tsukko meshi sendiri berharga USD 20 satu hidangan.

"Keadaan nelayan ketika berada di laut sangat berbahaya dan serba tak pasti apakah mereka boleh pulang hidup-hidup," tulis penjelasan dalam peraturan itu. "Sehingga untuk menghormati kerja keras mereka bagi pengunjung yang tidak menghabiskan makanan itu harus memberikan derma."

Cara penyajian tsukko meshi ini juga unik dengan menirukan pengalaman nelayan. Pembeli tidak boleh menyentuh nasi yang dihidangkan sambil menunggu telur salmon dibagikan oleh pelayan. Selepas itu pelayan mulai membahagikan sambil meneriakkan yel-yel yang harus diikuti para pengunjung.
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments