Pengantin Lelaki Ini Ditembak Mati Di Tengah Majlis Kahwinnya



Kejadian ini dilaporkan berlaku di Daerah Darbhanga, Bihar, India. Pengantin itu, Prabir De dipercayai ditembak mati oleh bekas kekasih isterinya yang bernama Rajib.

Tembakan itu dilepaskan ketika majlis menyuap manisan antara pasangan suami isteri berkenaan sedang berlangsung.

Prabir De telah dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia dalam perjalanan.



Rajib berjaya ditangkap dan dibelasah teruk para tetamu yang hadir. Dia juga dilaporkan meninggal dunia tidak beberapa lama selepas itu.

Polis India turut memulakan siasatan ke atas lima penduduk kampung di mana kejadian itu dilaporkan berlaku.

**Malang…dua lelaki mati kerana satu wanita.




PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments