Gadis Berkahwin Seawal Usia 13 Tahun Gembira, Tidak Menyesal…










KULIM – Walaupun berkahwin pada usia 13 tahun pada tahun lepas, Nur Fazira Saad dan suami yang kini berusia 20 tahun tidak menyesal.Nur Fazira berkahwin dengan Mohd Fahmi Mohamed Alias, seorang pemetik buah-buahan.Beliau berkata telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik.

“Ia menyeronokkan. Sebelum berkahwin, saya sudah tahu bagaimana untuk memasak jadi memasak dan mencuci bukan masalah bagi saya,” katanya yang berusia 14 tahun, sambil menambah hidangan kegemaran suaminya adalah asam pedas dan ayam masak merah.

Katanya, dia dan suaminya tidak mahu mempunyai anak lagi kerana mereka masih muda.

Mohd Fahmi berkata berkahwin bermakna kedua-dua mereka terpaksa memikul tanggungjawab yang lebih besar tetapi mereka tidak mempunyai masalah setakat ini.

“Dia menjaga saya dengan baik dan memberitahu saya bagaimana dia gembira sepanjang masa.

“Ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan kami menyokong keputusan kami untuk berkahwin,” kata Mohd Fahmi ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Selasa.

Menyifatkan Nur Fazira sebagai seorang isteri yang baik, beliau berkata kehidupannya menjadi lebih mudah dan lebih seronok untuk selepas berkahwin.


Perkahwinan pasangan itu tahun lepas menimbulkan kekecohan walaupun keluarga mereka telah bersetuju.

Bapa Nur Fazira, Saad Mustafa dilaporkan meminta Mohd Fahmi untuk mengahwini anaknya selepas mendapat tahu bahawa anaknya telah menghabiskan masa sehari suntuk dengan Mohd Fahmi.

Nur Fazira kemudian menjelaskan bahawa dia dihantar ke rumah seorang saudara untuk bermalam oleh Mohd Fahmi.

Nur Fazira berhenti sekolah selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2011.

Akad nikah pasangan ini dijalankan di masjid Kampung Padang Cina, berhampiran rumah keluarga pengantin perempuan, pada 17 November tahun lalu selepas Mahkamah Syariah di Kulim mengizinkan perkahwinan pada 7 November. –mstar.com.my

ulasan: perkahwinan adalah perkara yang paling mulia dalam setiap manusia. nak mengulas lanjut, baik saya pergi point di bawah.

1. “Katanya, dia dan suaminya tidak mahu mempunyai anak lagi kerana mereka masih muda.”

Lihat pada ayat tu. bagi saya, mereka dah merancang sejak mereka berkahwin lagi. sebab mereka berkahwin bukan nafsu semata-mata, cuma mereka nak mengelakkan daripada gejala sosial yang teruk di luar sana.

2. “Perkahwinan pasangan itu tahun lepas menimbulkan kekecohan walaupun keluarga mereka telah bersetuju.”

ini sikap bangsa melayu, bila mereka kawin lewat mengata, “tak lakulah tu…” kawin cepat pula mengata, “dah masuklah tu…” aduh, pelik sikap manusia tu sendiri. benda baik pun nak kecoh?
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

1 comments

  1. what ever it is ..alhamdulillah..sekurang2 nya ereka berjaya untuk menjauhi maksiat :)

    ReplyDelete